Sunday, December 13, 2009

WASIAT RASULULLAH S.A.W


عن أب نجيح العرباض بن ساریة t قال: (( وعظنا رسول الله e موعظة وجلت منها

القلوب، وذرفت منها العيون فقلنا: یا رسول الله آأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: أوصيكم

بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد، فإنه من یعش منكم بعدي

فسيرى اختلافا آثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین المهدیين، عضوا عليه ا

بالنواجذ، وإیاآم ومحدثات الأمور، فإن آل بدعة ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال:

حدیث حسن صحيح.

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata:


Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan
airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. 


Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.

Pengajaran hadis:
 
(1) Ucapan nasihat dan peringatan adalah penting dalam kehidupan umat lslam. Pengajaran dan peringatan hendaklah disampaikan secara bersungguh-sungguh dan berkesan agar ia memberikan kesan positif kepada para pendengar.

(2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini beberapa perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa kepada Allah SWT, patuh dan taat kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari keturunan bawahan atau hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan orang yang memerintah.

(3) Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua masih diperselisihkan oleh para ulama, namun
Rasulullah SAW menyebut hal ini bagi menunjukkan peri pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi
seorang mukmin terhadap ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'.

(4) Umat akhir zaman diancam oleh perselisihan dan perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin. Baginda menyeru mereka agar menggigit sunnah-sunnah tersebut. Ungkapan ini memberi erti betapa perlunya berpegang teguh dengan sunnah Nabi dan Khulafa' Rasyidin serta menjauhkan perkara bid'ah yang sesat, perkara yang diada-adakan dalam agama kerana semua bid'ah adalah kesesatan yang akhirnya membawa pengamalnya ke lembah neraka.
 
SUMBER : HADIS 40  AL-IMAM AN-NAWAWI 

WASIAT RAJA MELAYU (ACHEH-Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam)


Setelah Melaka alah oleh Portugis kerajaan Melayu yang terkuat muncul di Acheh. Acheh turut menakluk Perak, Pahang dan Johor. Apabila Acheh menakluk negeri-negeri raja-raja dan pembesar-pembesarnya di bawa ke Acheh. Ketika waris Sultan Melaka yang bersemanyam di Johor ditewaskan oleh Acheh sultan dan pemb esar-pembesarnya dibawa ke Acheh. Antara yang dibawa ke sana adalah bendahara Tun Muhammad yang lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang, pengarang Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Kesultanan Melayu Acheh berada dikemuncaknya di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Ratu Elizabeth I mengirimkan perutusannya kepada Sultan Acheh melalui Sir James Lanceister. Acheh juga melakukan hubungan diplomatik dengan Turki dan Perancis.

Acheh juga mencipta revolusi pemikiran dan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengucapan seni dan falsafah melalui pemikir seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Dari segi aspek agama, pemikiran falsafah dan kemajuan bahasa Melayu Acheh jauh mengatasi apa yang dicapai oleh Melaka.

Setelah menakluki Pahang Sultan Iskandar Muda membawa putera sultan Pahang ke Acheh. Putera tersebut diberikan pendidikan di Acheh, dikahwin dengan puteri baginda dan dilatik sebagai pengganti yang dikenali sebagai Sultan Iskandar Thani.

Hamka dalam Dari Perbendaharaan Lama mencatitkan wasiat Sultan Iskandar Muda kepada penggantinya. Berikut adalah wasiat raja tersebut:

......., dan lagi Raja-raja hendaklah mengamalkan 8 perkara. 
Pertama, hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekalian Wazir-wazir dan Menteri Hulubalang dan sekalian pegawai dan dengan sekalian rakyat. 
Kedua, janganlah Raja-raja menghinakan Alim-Ulama dan yang ahli akal bijaksana.

Ketiga, segala yang datang dari pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya. 
Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir Sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang.

Kelima, hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan Alim-Ulama dan sekalian Sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib. 
Keenam, hendaklah raja menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Iaitu seperti yang telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; 

                Pertama Al-Qur'an, Kedua Al-Hadis, ketiga Ijma', keempat Qias, maka....... keluar daripada itu pun empat perkara:

                 Pertama hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam.

Ketujuh, janganlah raja-raja itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil. 
Kedelapan, hendaklah raja-raja itu memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada raja.

Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan Hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Dan tiap-tiap yang salah itu hendaklah dihukum dengan tertib menurut kesalahan dosa yang diperbuat, sesudah diperiksa dengan sehalus-halusnya, supaya jangan zalim menjatuhkan hukum.

Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan Alim-Ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja. maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat, seperti dajjal...............

* Maghzul = kata-kata lucah-cabul tentang perempuan, yang diucapkan ketika senda gurau

Kutipan dari
"Qanun Asyih Darussalam"
(Peraturan Pemerintahan Acheh) di zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1637)

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU





Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Sunday, November 8, 2009

SUKA DUKA KEHIDUPAN ! ingin aku kongsikan yang gembira dan simpan yang duka

Dunia oh dunia!..kadangkala kau menjanjikan keseronokan, kegembiraan, kemahsyuran dan tidak kurang juga keperitan, kegagalan, kedukaan...yang pasti semua keadaan ini akan dirasai oleh kita sebagai insan di kehidupan fana ini. Marlah kita sama-sama renungilah kisah ini.

Pada suatu hari, baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam masuk ke masjid, kata Abu Sa'id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul saw bertanya; 

"Apa yang engkau buat di sini pada waku begini, wahai Abu Umamah?"
Abu Umamah menjelaskan; "Aku sedang  bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah."
"Sukakah engkau aku ajarkan satu bacaan yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?"Abu Umamah berkata; "Tentulah aku suka, ya Rasulullah!"
"Bacalah setiap pagi dan petang bacaan ini," kata baginda Rasul.


Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah;


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada [sifat] pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia." [Riwayat Abu Daud]


Semua insan pernah merasai kegembiraan begitu juga sebaliknya kedukaan. Jika dihitung kembali dalam kehidupan ini semacam peristiwa suka dan duka itu sama banyak dirasai...cumanya bagaimana kita respon kepada kegembiraan dan bagaimana pula kita respon kepada kedukaan. Rasanya ramai mahukan kegembiraan kerana kita rasa kegembiraan itu sememangnya kita patut  kecapi dan kedukaan itu tidak harus datang untuk kita tempuhi.

Hakikatnya kita selalu ingin insan lain tahu kegembiraan yang kita terima dan simpan sedalam-dalamnya segala bentuk kedukaan. Aku cuba menyorot beberapa episod kegembiraan yang dialami dalam tempoh  dua minggu yang lepas. Dalam tempoh tersebut aku masih mengingatinya dengan jelas dan masih terngiang-ngiang lagi di benak fikiran.Oleh kerana aku ni seorang usahawan kecil-kecilan maka kisah gembira diri ini berkisar kepada aktiviti harian dan keluargaku  yang terdekat sahaja. 

Ada sehari tu aku terima 2 berita gembira sekaligus, pertamanya isteriku yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaanya, sekaligus markah keseluruhanya meningkat lagi. Mana aku tak rasa gembira! ada ketika tu isteri aku terpaksa menangguhkan pengajiannya selepas setahun belajar bila bisnes aku terjejas teruk akibat seribu satu masalah yang datang serentak. Dia terpaksa bekerja semula dan melupakan pengajianya sementara waktu.  

Keduanya, abang ipar aku dapat anugerah Dato', selepas setahun mendapat award CEO terbaik di kalangan CEO syarikat korporat Malaysia. Abang ipar ni memang menjadi ikon bagi diri aku...dulu dia bukanlah somebody, aku mengikuti perkembangan kerjayanya dari masa jawatannya ekekutif lagi. Seorang yang kuat bekerja dan tak jemu-jemu belajar. Segala sijil dia ada degree, master, ACCA tak lama lagi dapat Dr. lak! Dia lah yang bertungkus lumus semasa majlis perkahwinan aku dulu...bukan setakat kenduri kahwin diadakan di rumahnya malah semua perbelanjaan dia yang sponsor. Maklumlah masa tu aku baru di tahun kedua study di universiti. Sekarang dia memegang jawatan kedua tertinggi di salah sebuah syarikat korporat milik seorang Tan Sri.  

Ketiganya, pada hari yang lain, adik aku lak dapat bonus berbulan-bulan banyaknya, tak pernah dia rasa selama lebih 7 tahun bekerja! apa lagi banyak la dia hulur kat adik beradik dan ibu bapa aku. Alhamdulillah aku pun rasa gak! moga-moga tahun depan dapat lagi. So, dapatlah  dia hantar anaknya belajar di Tadika yang terbaik sebagai persiapan untuk ke Tahun 1 sekolah kebangsaan tahun depan, sekaligus dapat simpan belanja yuran untuk setahun.

Keempatnya, sahabat aku kahwin lagi! bagi aku berita ini memang seronok didengar biarpun  bukan aku yang alaminya tapi aku tumpang gembira. Maklumlah dari awal perkenalan dengan si gadis, macam mana nak dapat restu ibu bapa kedua belah pihak, apatah lagi perkenan isteri pertama, pandangan kawan-kawan...ada yang setuju dan ada yang tidak dan macam-macam lagi  lah, semuanya sampai ke pengetahuan ku. Bila si sahabat ni dapat over come semuanya memang aku salute habis...so sekarang ni masih dalam bulan madu lah ye!...Selamat Pengantin Baru!.....Aku pun belum kawin lagi!! ha...ha...ha.

Kelimanya, lagu LAKSAMANA bakal dipromosikan melalui Malaysia Hari Ini...ini percubaan pertama aku untuk jadi komposer. Aku cuma berminat menerbitkan lagu-lagu dakwah sama ada dalam bentuk pop, world muzik dan nasyid juga irama malaysia atau etnik kreatif  yang sesuai  dengan kehendak syara'. Semuanya dengan bantuan sahabat-sahabat  berpengalaman...J'lan dan cikgu Awang.  Moga usaha kami berhasil tahun depan...Amin



KISAH DUKA!..biarlah aku pendam sedalam-dalamnya...


Saturday, November 7, 2009

KISAH YAKJUJ DAN MAKJUJ dari SURAH AL-KAHFI



     Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

     “Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

     “Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” 
(ayat 89 dan 90).

     “Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

     Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’. “Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).


     Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)


     Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat.

Wednesday, October 21, 2009

Monday, October 19, 2009

"BEG WANITA BOLEH MENCERITAKAN SEGALANYA!"...


Dialog tersebut kali kedua aku terdengar dengan sarikatanya "beg wanita boleh menceritakan segalanya"..semasa tayangan 'movie' disiarkan oleh ASTRO lewat 11 malam tadi. Masa tu aku baru aje duduk untuk minum di kedai mamak sebelum menjejakkan kaki ke rumah.

Dialog yang hampir sama, pertama kali aku dengar di sebuah pejabat yang aku singgah siang tadi, semasa menjalankan tugasan rutin 'marketing' di pejabat-pejabat kerajaan  sambil ditemani kawan..masa tu kaum Hawa tengah sibuk menyusun atur makanan untuk jamuan Hari Raya, tinggal dua hari lagi sebelum Syawal 1430H melabuhkan tirai. Cekap dan kemas kerja tangan mereka...naik selera dibuatnya walaupun dah pekena nasi di Pelita Nasi Kandar sejam sebelumnya.

Oleh kerana masa jamuan tersebut di akhir waktu pejabat, aku lihat masing-masing membuat kerja sambil mengepit beg dan tas tangan, dah tak sempat nak letak lagipun ada yang hadir daripada jabatan lain, tu yang dikepit ke hulu dan ke hilir. Dalam ramai-ramai ada yang menegur... 
"kalau ye pun, letak le dulu beg tu...ada emas sebeban ke?", kemudiannya di jawab pula,  
"aishhh jangan dibuat main, banyak rahsia dalam ni... beg ni boleh cerita segalanya pasal aku!" 

Situasi yang aku alami secara kebetulan dan serentak dalam satu hari, menarik minat aku untuk berfikir sejenak, bukan setakat wanita dan barang kemas tak dapat dipisahkan malah wanita dan beg juga tak dapat dipisahkan!

Macam mana pulak dengan kaum Adam? Bila melihat sekeliling dari tempat duduk aku  di kedai mamak ni, rupa-rupanya kaum lelaki pun ada trend tersendiri, beg kecil bertali, disilang ke badan tapi ala-ala geng tarik kereta, rata-ratanya orang muda. Aku tak pasti mereka menganggotai suatu kumpulan atau sekadar menggayakan suatu trend!

Menarik!...daripada memikirkan pasal beg, mata melihat-lihat gelagat kumpulan tersebut yang duduk di depan sebelah kanan aku. Jelas!....6 orang kesemuanya, berpakaian t-shirt polo tertera nombor di bahagian lengan dan dada baju. Ada gelang silver macam gelang magnetik di pergelangan tangan masing-masing. Sambil mamak melayan mereka memesan makanan, ada di antaranya yang mula mencucuh api ke rokok dan sorang lagi..aku agak leader diorang mengeluarkan sesuatu daripada beg. Ada beberapa helai kertas berwarna, saiz A5 iaitu separuh A4 diletaknya di atas meja...sambil memegang pen dia berkata sesuatu...aku cuba pasang telinga..."siapa yang belum ada flyers ni? kalau nak aku tempahkan, seribu helai enam puluh ringgit aje..tak pun tong-tong beli" 

Aku perhati betul-betul flyers tersebut, macam pernah aku lihat...baru terperasan, flyers tu sama macam yang ada dalam surat khabar aku beli pagi tadi ...progam MLM Ads4buck!

Fenomena baru yang melanda tempat aku sekarang!!! 
Ketawa kecil hati aku ...sebabnya bersangka diorang tu geng tarik kereta rupa-rupanya geng MLM...bagus gak asal buat benda berfaedah!


Betullah tu, beg wanita boleh menceritakan segalanya...pada aku!

Friday, October 16, 2009

JUA-VIA ™ - PRODUK HERBA PENGGANTI GULA

PENGENALAN 

Jua-Via ™ adalah pemanis semulajadi generasi baru kini telah muncul untuk dikomersilkan. Ekstrak Stevia Tulin yang digunakan untuk menghasilkan produk Jua-Via ™ telah melalui kajian bioteknologi di Eropah yang mengambil masa 30 tahun dan mengambil kira aspek pembaikan kualiti rasa untuk kegunaan pengguna sebagai bahan gantian kepada gula dan sebagai makanan kesihatan. Maka, lahirlah Produk Jua-Via ™. Ianya direka bukan sahaja untuk memaniskan minuman dan menambahkan rasa sedap dalam pembuatan bahan makanan serta masakan malah secara signifikannya dapat meningkatkan taraf kesihatan dan mengawal penyakit bagi pesakit-pesakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh faktor kebaikan semula jadi yang terdapat di dalam produk ini di samping harganya yang kompetitif untuk nilai kesihatan anda.

Jua-Via ™ adalah pemanis 100% semulajadi yang mempunyai rasa manis 200 kali ganda berbanding gula. Ianya dihasilkan dari sumber semulajadi (Stevia) yang menawarkan kebaikan semulajadi yang mana tidak terdapat di dalam gula tebu, gula jagung dan pemanis sintetik lain. 

Jua-Via ™ mempunyai ketulenan tinggi, tidak berbau dan dihasilkan dari daun stevia berkuali tinggi. Ianya dipasarkan kepada pengguna sebagai ;-
* Jua-Via ™ 80 - @ 80% kandungan kemanisannya. (1 gram Jua-Via ™ =200 gram gula tebu). Gred ini adalah gred yang terbaik untuk dikomersilkan kepada pengguna dan industri.



KELEBIHAN PRODUK Jua-Via ™ 

Jua-Via ™ adalah satu produk baru yang sangat berkesan sebagai pemanis dan penambah perisa dalam makanan dan minuman. Kini ada akan dapat menikmati rasa manis tanpa perlu risau akan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan anda disebabkan rasa manis.

Jua-Via ™ mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut ;-
 * Keterlarutan tinggi dan mudah digunakan dengan air
* Rasa manis 200 kaliganda dari gula tebu
* Kestabilan tinggi dalam asid atau basicity solution (pH 3-9)
* Tidak menapai - meningkatkan jangka hayat produk tenusu
* Sangat toleran kepada suhu sehingga 198 darjah celcius
* Kestabilan tinggi terhadap cahaya
* Rasa manis yang tahan lama dan stabil di dalam semua proses pengeluaran makanan dan minuman
* Mudah disimpan dan mempunyai ketahanan tinggi serta sesuai dengan keadaan suhu bilik normal
Dengan kelebihan dan manfaat ini Jua-Via ™ boleh digunakan di dalam makanan dan minuman seharian anda tanpa sebarang masalah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi yang mementingkan kesihatan. 

Cara Penggunaan:-
1- Bagi pengguna yang sihat - Boleh digunakan dengan semua jenis minuman dan masakan mengikut citarasa sendiri tanpa bimbang akan kesan buruk GULA TEBU. 

2- Bagi pesakit DIABETES & TEKANAN DARAH TINGGI - Disyorkan mengamalkan Jua-Via di dalam air kosong. Sebaik-baiknya air R.O (Reverse Osmisis) dan JANGAN BERJIMAT UNTUK MENGGUNAKAN PRODUK INI. Disarankan supaya jangan terlalu berjimat jika ingin merawat. Berhenti terus dari menggunakan GULA TEBU !!! Bancuhan biarlah lebih manis dari citarasa anda. 

INFO ! 
Produk Jua-Via bukan sekadar pengganti GULA tetapi mempunyai fungsi sebagai PENAWAR penyakit DIABETES dan TEKANAN DARAH TINGGI. Ia juga berfungsi sebagai ANTISEPTIK dalam darah dan ANTI JANGKITAN KULAT jika diamalkan.

PRODUK JUA-VIA ™ INI AMAT DISYORKAN KEPADA PESAKIT DIABETES, DARAH TINGGI, OBESITI DAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK YANG LAIN SERTA ANDA YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN !

PENGENALAN KEPADA TUMBUHAN STEVIA REBAUDIANA BERTONI

Stevia adalah spesis daripada lebih kurang 240 spesis herba dalam keluarga bunga matahari. Ianya banyak terdapat di kawasan subtropika dan tropika, selatan Amerika dan Amerika tengah. 

Spesis stevia rebaudiana bertoni dikenali sebagai daun manis, daun gula dan yang paling senang disebut adalah stevia. Sebagai pemanis atau substitut gula, rasa manisnya tahan lebih lama berbanding gula, walaubagaimanapun ekstrak stevia akan memberi sedikit rasa pahit dalam kepekatan yang tinggi.
Dengan ekstraknya mempunyai rasa manis sehingga 300 hingga 500 kali ganda mengikut gred dan kepekatannya, ianya sesuai dengan permintaan penduduk dunia hari ini yang memerlukan pemanis atau gula rendah karbohidrat dan kalori sifar.

Kajian perubatan menunjukkan stevia memberi manfaat dalam merawat atau mengawal obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi kerana ia memberi kesan dalam menurunkan kandungan gula dalam darah. Fakta ini amat menarik bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan karbohidrat dalam diet mereka.

Stevia telah digunakan secara meluas sebagai pemanis dan makanan tambahan kesihatan di Jepun, Korea, Kanada, dan Amerika. Jepun dan Korea menggunakan telah menggunakan ekstrak stevia lebih dari 30 tahun sebagai pemanis semulajadi dalam minuman berkarbonat, jus buah-buahan, minuman kesihatan dan sukan, yogurt, pencuci mulut dan pudding, snek, gula-gula, coklat, pastry, mee, sos soya, jeruk, dan biskut. Lebih dari 150 kajian perubatan mengesahkan bahawa stevia adalah tidak bertoksik dan selamat untuk kegunaan manusia. Stevia juga digunakan untuk merawat diabetes dan darah tinggi di Jerman dan Jepun.

Stevia mempunyai pelbagai gred. Reb - A 80% adalah gred stevia yang terbaik yang dihasilkan daripada ekstrak stevia yang mengandungi pemanis dengan kalori sifar.
Stevia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pemanis semulajadi dan sebagai bahan dalam makanan dan ianya juga telah diterima dan diluluskan oleh lebih 20 negara. 


STEVIA DAN DIABETES - Merangsang penghasilan insulin dan menjadikan tindak balasnya dengan glukos normal terutama bagi pesakit diabetes Jenis-2. 

STEVIA DAN TEKANAN DARAH TINGGI - Memberi kesan kepada pengangkutan dan penyerapan kalsium dalam badan sama seperti kesan dari sejenis ubat yang biasa digunakan untuk pesakit tekanan darah tinggi yang dipanggil Calcium Channel Blocker.
- Bahan yang membuatkan daun stevia manis - Steviol Glycoside (Stevioside) - Wikipedia 

APA ITU GULA ??? 

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!


Adakah badan kita perlukan gula TEBU sebagai sumber tenaga ?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain seperti nasi, ikan, daging, sayur, susu, buah-buahan ubi kentang dan lain-lain kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. Jika dikira, pengambilan makanan seharian kita,dua kali hidangan nasi dan juga makanan sampingan lain mempunyai jumlah kalori (tenaga) yang jauh lebih banyak dari tenaga yang diperlukan oleh badan (mengikut aktiviti individu). Kalori yang berlebihan itulah yang akan memberi kesan buruk pada kesihatan badan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti serta masalah-masalah kesihatan lain.
 
INFO ! - Jadi fakta yang sebenarnya ialah badan kita sememangnya memerlukan gula tetapi bukan GULA TEBU !! (Fakta dari pakar pemakanan) 

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak GULA di dunia?
Walaupun negara kita adalah sebuah negara yang kecil , namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit diabetes yang ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan suatu masa dahulu. 

Di Jepun, gula tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dimana gula menjadi seperti satu kewajipan di dalam kehidupan seharian kita.
Kita kini mempunyai pilihan lain selain gula. Memperkenalkan Jua-Via ™ yang kandungannya 100% ekstrak stevia tulin. Sejenis pemanis semulajadi yang lebih manis 200 kaliganda daripada gula tebu dan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Oleh itu jadikanlah Jua-Via ™ sebagai pemanis seharian anda !!! 

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

JANGAN TERPEDAYA !!!
Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti :-
* Glukosa * Fruktosa * Laktosa * Maltosa
* Sukrosa * Sirap Glukos * Sirap Maple
* Molases * Sirap Hitam * Sirap Kencana
* Dektrosa * Sorbitol


  BAHAYA PENGGANTI GULA SINTETIK YANG ADA DIPASARAN
Hanya memberi rasa manis tetapi tidak membantu langsung dalam menurunkan paras gula dalam darah, malah ramai dikalangan pesakit diabetes yang menggunakan produk berasakan aspartame mendapati paras gula dalam darah mereka semakin tinggi.
Aspartame juga memberi kesan buruk dengan merosakkan saraf mata apabila diambil secara konsisten dalam satu jangkamasa.
Ibu Gula (Saccharine) yang banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman termasuklah pembuatan jeruk buah-buahan juga boleh menjadi agen barah jika diambil dalam satu jangkamasa.
Ibu Gula (Saccharine) telah diharam penggunaannya oleh hampir semua negara termasuk Malaysia kerana kesan buruknya terhadap kesihatan tubuh badan manusia.
Gula Sintetik Lain - Sukralose. 

AWAS !!! 78 JENIS KEBURUKKAN GULA YANG PERLU ANDA KETAHUI !!!
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer 

BAGAIMANA ??? MASIH BERMINAT DENGAN GULA SETELAH MENGETAHUI KEBURUKANNYA TADI ???
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA GULA !!!!
DENGAN Jua-Via™ anda mampu menjauhi diri anda dari bahaya GULA tetapi anda masih menikmati rasa manis yang lebih sedap dan menyihatkan !!! 

BERAPAKAH JUMLAH YANG PERLU  DIBAYAR UNTUK NILAI KESIHATAN ANDA ???
RM 10,000 ???
RM 1,000 ???
RM 100 ???

ANDA TIDAK PERLU MEMBAYAR JUMLAH ITU SEMUA !!!
Harga untuk sekotak JUA-VIA™ hanyalah RM 36.00 Sahaja untuk 10 Gram (dapat bertahan selama sebulan) atau sehingga 120 cawan air minuman.


Sumber dari: http://jua-via.blogspot.com

Wednesday, October 14, 2009

BANK BELIA UNTUK PEMUDA...IDEA BERNAS KHAIRY...MOGA TIADA DISKRIMINASI KEPARTIAN!



KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO meminta kerajaan menyediakan beberapa inisiatif khas untuk golongan muda menjelang pembentangan Bajet 2010 antaranya mewujudkan Bank Belia atau Bank Pemuda bagi menggalakkan golongan itu terlibat dalam bidang keusahawanan. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu perlu kerana kumpulan terbabit kini berhadapan dengan masalah kekurangan pekerjaan yang menuntut pihak pemerintah menyegerakan usaha menyelesaikan masalah mereka.

Melalui bank berkenaan katanya, pihak kerajaan boleh menyalurkan pinjaman khas kepada mereka terutama bagi mengatasi masalah modal perniagaan di peringkat permulaan.''Selain itu ia turut menggalakkan penyertaan mereka di sektor-sektor baru yang berteknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah kepada ekonomi.''Selain itu cadangan inisiatif khas itu juga melibatkan usaha menawarkan peluang-peluang pekerjaan yang lebih luas serta berkualiti tinggi terutama di sektor-sektor strategik seperti perkhidmatan, teknologi maklumat dan bioteknologi,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Ucapan yang bertajuk Di Persimpangan Jalan Perjuangan itu disampaikan di hadapan 795 perwakilan dari seluruh negara.Turut hadir Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan barisan Exco pergerakan itu.Khairy berkata, melalui inisiatif khas berkenaan kerajaan harus menambahkan peluang pekerjaan untuk pelajar lepasan aliran teknikal dan vokasional. Dalam ucapan dasarnya itu, beliau turut menarik perhatian perwakilan mengenai nasib golongan muda yang baru memulakan hidup berkeluarga.''Pemuda juga prihatin dengan nasib golongan muda yang baru sahaja memulakan hidup berkeluarga. ''Sudah tentu mereka ini baru bekerja dan dalam masa sama mempunyai pelbagai tanggungan termasuklah membantu ibu bapa dan membayar pinjaman pendidikan,'' katanya. Justeru beliau berkata, pihak Pemuda mencadangkan beberapa langkah yang wajar diberikan perhatian oleh kerajaan antaranya menubuhkan tabung untuk pinjaman perumahan dengan kadar faedah terendah.

Melalui langkah itu kata beliau, ia akan membolehkan golongan muda yang baru berkahwin mampu memiliki rumah sendiri. ''Antara langkah lain ialah memberi diskaun istimewa untuk kereta nasional kepada mereka yang mempunyai anak pertama dan baru memiliki kereta. ''Pemuda juga ingin mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan RM200 bagi anak pertama setiap keluarga sebagai simpanan permulaan Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional,'' katanya. Selain itu kata Khairy, langkah tersebut turut meliputi tawaran baucer membeli barangan keperluan asas bayi seperti susu dan lampin. ''Pemuda berharap kerajaan dapat menimbang dan memberi perhatian kepada langkah-langkah yang dicadangkan itu. ''Pemuda percaya dengan gerak kerja dan khidmat berterusan insya-Allah BN akan dapat memenangi hati dan sokongan generasi muda yang merupakan aset penting kepada negara,'' katanya.

Sumber dari: Utusan Online, 15 Oktober 2009 / 26 Syawal 1430
 

Tuesday, October 13, 2009

MELAYU DAN HUKUM HUDUD DI FACEBOOK


Hati kecil ni nak tau jugak orang melayu di Facebook cenderung ke dengan hukum Islam atau tidak atau hanya berserah kepada golongan tertentu sahaja untuk berjuang menegakkannya...bagi saya lagi cepat hukum Islam memerintah dan bukannya diperintah maka terselamatlah umat Melayu dari azab Allah s.w.t.

Sebab itu saya lebih suka jika UMNO itu sendiri yang menjadi tulang belakang pemerintahan melaksanakan hukum ini. Mereka ada semua jentera dan kemudahan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehinggalah  kepada Majlis Fatwa Kebangsaan serta institusi Mufti. Kita takut jika ALLAH murka kerana apabila sesuatu kaum itu telah diberi kuasa tetapi mereka engkar untuk menegakkan yang hak malah membiarkan perkara yang batil menguasai persekitaran kehidupan ini.


Kita sering mendengar dan membaca komen2 orang melayu yang mengaku diri mereka Islam tetapi mengatakan bahawa hukum Islam pada zaman ini tidak bersesuaian, ketinggalan zaman dan zalim. Seolah-olah mereka tidak yakin dengan hukum ALLAH s.w.t ini..bermakna mereka telah mempersekutukan hukum Allah dengan hukum yang lain!

Takut nanti ALLAH gantikan umat lain untuk menguasai kita dan melaksanakan perintahnya di bumi Malaysia ini!!!!

Sedangkan sejarah peradaban umat melayu begitu hebat sekali dan telah banyak peristiwa mengenai umat-umat terdahulu yang hebat tetapi dimusnahkan olah ALLAH atas sebab yang sama

Marilah kita bersama-sama renungkan firman Allah dibawah ini, kisah kaum nabi Hud a.s yang engkar kepada perintah Allah setelah diseru..mereka leka dan lupa kepada peristiwa kaum nabi Nuh a.s dan tenggelam di dalam kemewahan dan keselesaan dunia.

"Sesungguhnya aku jadikan Allah sebagai saksiku dan saksikanlah olehmu bahawa Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan dari selain-Nya. Sebab itu, jalankanlah tipu dayamu semuanya terhadapku dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku. Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudarat kepada-Nya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu".

(QS. Hud: 54-57)


WALLAHUA'LAM

Monday, October 12, 2009

MISTERI SEJADAH BERDIRI



Baru-baru ini negara digemparkan lagi dengan kisah sejadah berdiri dengan sendirinya. Berita sebegini bukannya kali pertama disiarkan  di dada akhbar  malah telah lebih dari 3 kali berita seumpamanya. Kejadian ini pernah berlaku di Merbau Kudung, Sg Dua, Kapar, Masjid Kristal dan baru-baru ini di Pasir Mas.
Pasti ada yang percaya dan tidak dengan kejadian ini. Tapi inilah kekuasaan ALLAH swt. yang berkehendakkan sesuatu itu terjadi atau tidak.
Bagi diriku yang dah hampir mencecah usia 40, perkara pelik dalam hidup bukan sesuatu yang asing, kerana dalam sejarah hidup, aku memang agak nakal dan jenis explorer semasa zaman kanak-kanak. Tapi apa yang ingin aku kongsikan ini bukan untuk bertujuan riak dan takabbur, tetapi sekadar ingin berkongsi kejadian pelik yang pernah menimpa diriku. Bagi aku semua itu atas kehendak ALLAH s.w.t. Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.
 1-  aku dan adik pernah melihat suatu jelmaan di tempat solat kami semasa aku berada di Darjah 4. 
Kisah ini berlaku di rumah kami di Kg. Sg. Relong, Kemunting, Taiping . Malam itu cuaca lain dari yang lain, sejuknya amat sangat sehingga aku meraba-raba dengan mata terpejam untuk mencari selimut. Oleh kerana tak tercapai, aku pasti selimut jatuh di lantai, jadi aku bingkas bangun dan tunduk ke lantai untuk mengambilnya. Ketika itu aku terpandang sesusuk kaki yang ditutupi jubah, kepala ku pun perlahan-lahan mendongak ke atas dan mataku melihat dengan jelas sesusuk tubuh yang tinggi mencecah siling  dalam jubah berwarna perang lembut. Apa lagi aku cepat-cepat membaringkan diri dengan seluruh badan dilitupi selimut dan apa-apa saja ayat muqaddam yang dihafal habis dibaca. Sambil-sambil itu aku mengintai ke arah jelmaan tersebut. Ketika itu juga adik ku di sebelah menarik selimut dengan kuat, aku yang ketakutan melawan balik, selimut tetap membaluti badan aku dari hujung kaki hingga ke kepala. Adik aku yang mengalah akhirnya merapatkan diri ke tubuhku, lututnya merekot terkena belakang badanku. Aku dapat rasakan badannya bergerak-gerak. Entah berapa ketika kami pun lelap dan terjaga esok paginya dengan aku masih di dalam selimut, basah lenjun...adik pula masih tak berubah posisinya. Aku bingung melihat-lihat ke sekeliling bilik kut-kut apa yang aku lihat malam tadi hanya ilusi. Masih dalam bingung-bingung lalat , adik aku menyoal "abang ada nampak apa-apa tak malam tadi?" Tak sangka rupanya dia pun nampak dengan jelas jelmaan itu,  patutlah bergerak-gerak malam tadi, rupa-rupanya dia menggeletar. Sah aku bukan bermimpi atau berilusi. Kami cepat-cepat berjumpa abah dan menceritakan hal tersebut bersungguh-sungguh. Abah aku cuma berkata "kenapa tak bagi salam, jin Islam tu!" Setahu aku abah  memang kuat berzikir dan mahir dengan ilmu tasawwufnya, mungkin rumah kami yang jauh daripada rumah orang lain menarik minat makhluk ALLAH tu bertandang...tetapi kenapa memilih bilik kami?
2-  melihat kelibat lembaga putih di sebalik semak di kampungku, semasa darjah 6.
Semasa tu aku di kampung, rumah ibuku di Kg Rambong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak . Di situ ada 2 buah rumah yang didiami oleh bapa saudara iaitu abang sulung dan kedua ibuku. Jarak antara kedua buah rumah tu dalam 20 meter. Biasanya malam-malam aku selau bertandang dan makan di rumah kedua so kenalah lalu tempat gelap sikit untuk ke sana. Malam tu memang aku terfikir pasal 'hantu' dan mata saja-saja aje pandang semak samun ladang getah di sebelah kanan yang jarakknya dalam 10 meter. Berderau darah bila terpandang lembaga putih di balik pokok getah. Apa lagi berlari la aku untuk cepat sampai, sepupu aku perasan muka aku pucat dan bila ditanya aku kata tak ada apa-apa. Takut nak cerita sebab nanti datang dalam mimpi lak. Esoknya aku saja-saja tanya pada sepupu yang lain pernah tak diorang terserempak dengan apa-apa sejak membesar di situ. Jawapan yang aku terima "ada, kat ladang getah tu, penunggu tuan punya ladang, takut getah kena curi!"

3-  pernah disapa salam dan melihat kalendar Hijrah di dinding diselak satu persatu, berdekatan PA sistem dan mikrofon untuk melaungkan azan.
Kejadian ni pula berlaku di pondok As-Samaniah, Kemunting, Taiping. Masa tu aku berusia 13 tahun, abah aku rajin membawa aku ke sana. Kadang-kadang dia mengajar kitab di sana. Biasanya lepas isya' baru kami balik. Pada hari kejadian abah pergi mengajar di tempat lain. Aku ditinggalkan di situ untuk menadah kitab. Jadinya, selepas menunaikan solat isya' berjemaah semua turun untuk minum malam. Hampir selesai menjamah aku disuruh untuk naik ke atas buat checking kut ada suis-suis yang tak ditutup. Maklumlah surau tu dibuat daripada kayu kalau ada short memang nahas. Surau tu lak di tingkat atas so bila aku berada di situ dari jauh aku nampak ada kelipan nyalaan merah di hujung tempat imam. Tak bertutup suis PA sistem rupanya. Semasa nak tutup suis itulah kalendar teselak satu persatu. Aku tutup suis dengan cepat dan aku pastikan gak tingkap surau semuanya bertutup. Tanpa toleh ke belakang aku terus menuju ke tangga untuk ke bawah dan terasa ada yang mengekori di belakang. Aku buat tak tau aje. Esok nya aku baru berani bertanya pada abang-abang kat situ, jawapannya "jemaah ghaib surau kita!"
4-  jelmaan ibu di depan rumah selepas balik solat isya' .
Peristiwa ini berlaku di Taman Ibu Kota, Gombak semasa di Tingkatan 3. Kami behijrah ke sana sewaktu aku  di tingkatan 2, sebab abah naik pangkat jadi pensyarah di Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Biasanya aku berjemaah di surau berdekatan, tapi malam tu ada ceramah di masjid As-Syakirin Batu 6, Gombak so aku dan kawan-kawan berjalan kaki ke sana hampir satu setengah batu. Habis ceramah dan solat isya', kami pulang ke rumah masing-masing. Rumah aku antara yang paling hujung di taman tersebut. Selang 6 buah rumah dari rumah aku, di bawah sinar lampu jalan aku terlihat ibu sedang menunggu di luar pagar.  Aku rasa pelik gak sebab sebelum ni tak pernah ibu menunggu aku balik dari surau atau masjid tanpa pakai tudung kepala. Aku senyum bila ternampak ibu tapi dia serius aje. Bila dekat dengan pagar rumah aku nampak ibu masuk ke dalam. Bila menjejak aje kaki di dalam rumah aku tanya ibu kenapa tunggu di luar tadi. Jawapannya "Kat luar? mak duduk sini dari tadi lagi tak bangkit pun!"
5-  kejar lembaga hitam menyerupai orang minyak.
Sewaktu itu aku menghuni di asrama sekolah SAAS, Kajang,  belajar di tingkatan 6 bawah. Kejadian ini bermula sejam setengah sebelum waktu subuh pagi Jumaat. Aku dikejutkan dari tidur oleh senior, ketua asrama SAAS zaman tu. Aku dan rakan-rakan sebilik diberitahu pelajar perempuan di asrama puteri menjerit-jerit minta tolong...ada orang minyak. Masa tu memang tak fikir panjang dan tak ada perasaan takut, dengan berkain pelikat dan berbaju pagoda aku dan rakan-rakan  bergegas ke pintu asrama puteri yang dipisahkan dengan dewan makan. Semasa kami sampai ada beberapa pelajar-pelajar puteri memberitahu mereka sedang basuh kain bila makhluk tu, orang dengan tubuhnya yang hitam menunjukkan 'anu' kepada mereka dengan bertenggek di atas pintu pagar masuk ke asrama puteri. Selepas mendengar cerita mereka kami pun berpakat untuk meninjau sekeliling asrama dan ada yang ke kawasan sekolah. Aku dan senior menuju ke pintu pagar utama belakang dapur. Kami terserempak dengan lembaga tersebut yang keluar dari belakang dinding dapur dan dengan selambanya melompat pagar yang tingginya lebih kurang 6 kaki dan berdawai kawat. Selepas sama-sama terpinga-pinga, kami menuju ke kawasan sekolah dan melalui rumah warden, aku ke belakang seorang diri. Memang gelap waktu itu, mata aku memandang ke atas pokok  dan terlintas di fikiranku kalau terserempak dengan makhkuk tu dan bergelut, terlucut pulak pakaian aku, mampus orang kata aku lak yang orang minyaknya. Apa lagi patah balik la ke asrama. Rupa-rupanya semua dah berkumpul, aku aje yang last...naya...naya, nasib baik tak jadi apa-apa. Selepas guru-guru warden datang dan berbincang mengenainya kami pun menjalankan rutin harian sebab waktu subuh dah masuk. Jangan ditanya le memang kecoh kat sekolah pagi tersebut. Esoknya kami dapat berita terpampang dalam akhbar Utusan 7 pelajar darjah satu sekolah rendah Convent, Kajang di cabul, gambar yang tersiar sama seperti diberitahu oleh pelajar-pelajar puteri. Lama juga selepas itu sebuah kereta polis parking di padang dekat asrama untuk berjaga-jaga. Bila berbual mengenai peristiwa tersebut, pelajar lelaki yang nakal bertanya pada aku " Abang, tak de ke orang minyak perempuan yang minta dicabul!" dalam hati aku "tak de benda lain ke yang korang mintak".
6.  -melihat perkataan ALLAH dilangit dari segumpal awan, kedudukan bulan di atasnya seolah-olah menunjukkan tanda sabdu.

Peristiwa besar  dan aneh ini berlaku di hadapan mata aku bersama rakan-rakan di asrama  SAAS  Kajang, sewaktu di tingkatan 6 Atas, sememangnya sewaktu itu kecoh di dada-dada akhbar dengan pelbagai bentuk objek di langit dan beberapa murid di sekolah-sekolah sekitar kajang pun mengalaminya. Kejadian sewaktu kami semua habis 'preb' (belajar waktu malam) dan lepas minum-minum, semua pelajar balik ke dorm masing-masing. Aku balik ke bilik sendiri, khusus untuk ketua umum asrama an putera. Tiba-tiba terdengar budak-budak asrama menjerit "ada tulisan kat langit! ada tulisan kat langit!" Apa lagi aku pun bergegas keluar dan memandang ke langit. Memang benar ada tulisan disana. Indah sungguh panorama itu, tak dapat nak dibayangkan perkataan ALLAH yang bersabdukan bulan berkilau cerah dan putih, langit disekitarnya pun cerah bersinar. Air mata memang lah menitis melihat kebesaran ALLAH s.w.t. Tapi kejadian itu tak lama, awan tersebut berpecah dan hilang di tiup angin..sempat lagi masa tu aku dan sahabat menemani guru warden perempuan untuk menutup pagar masuk ke asrama...suasana malam tu memang sunyi kami pun kelu tanpa sepatah kata. Terpancul dari mulut sahabat  sebilik aku, "malam ni kita buat solat tahajjud nak?" Sejak itu lah kami pelajar tingkatan 6 atas rapat dengan guru bahasa Malaysia tu dan aku nyaris-nyaris jadi adik ipar nya. Pada siang harinya pelajar junior bertanya pada aku kenapa perkataan ALLAH tu muncul. Aku menjawab "ALLAH s.w.t. hendak membuktikan kewujudanNYA dan kebesaranNYA diwaktu ramai manusia lupa kepadaNYA!".

Ada beberapa lagi peristiwa misteri dalam hidup ini cuma tak dapat nak dihuraikan panjang lebar cukup sekadarnya sahaja:


-bercakap dengan orang yang kerasukan dan histeria, dari belajar kat universiti sehinggalah semasa bekerja makan gaji. Tidak sia-sia mengikuti kelas zikir di Darus Syifa'

-berdialog dengan penuntut Hindu yang kemasukan jin memuja nombor ekor , lidahnya ditikam tembus dengan besi tajam dan malamnya aku bermimpi didatangi jin tersebut.

-melihat bahan-bahan santau keluar dari tubuh Allahyarham seorang pendakwah semasa dirawat oleh anak murid kepada Dato' Ustaz Harun Din. Allahyarham cukup digeruni musuh kerana ikhlasnya berdakwah, mungkin sebab itu musuhnya menggunakan cara halus.



"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit dan di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan berapa banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab keatasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memulaikannya. Sesunguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." 
(Al-Anbiya[21]:81)

WALLAHua'lam.

Friday, October 9, 2009

SMS SEORANG USAHAWAN MUDA DI ZAMAN KEMELE...SETAN

Hari ni aku dapat SMS dari seorang teman, muda dari usia ku tapi berjiwa besar dan Islamik rock orangnya. Memang selalu berSMS dengannya sekadar bertanya khabar dan bertukar idea tentang bisnes. Sebelum ini dia adalah salah seorang staff aku yang kreatif dalam bab mendesign. Selepas bisnes kurang mantap dan hal-hal yang terlalu drastik menimpa (ngeri nak cerita kat sini) maka kami pun merperlahankan bisnes dan berehat, tumpuan lebih kepada membuat collection dari pelanggan-pelanggan kami.

Biasalah...waktu zaman ekonomi meleset, kos sara hidup pun meningkat so kami ada masalah besar dalam collection.
  • Ada yang lari ! maksudnya mengelak diri, 
  • ada lak kena take over dgn company yang lebih besar,
  • ada lak yang kematian Pengerusi so perlu diganti orang lain dan aktiviti finance kena stop, 
  • ada lak dah terpakai bajet 2 tahun akan datang so payment kena hold,
  • ada juga yang buat loan dgn PNB maka kewangannya orang PNB jaga dan bab membayar ni tak dapat campur tangan walaupun company sendiri 
  • pembangkang mengambil alih negeri lepas menang pilihanraya...pegawai-pegawai dan pengarah ditukarkan ke tempat lain
  • dan macam macam lagi yang semuanya benar belaka tetapi bila dicerita dengan orang .....mati hidup balik pun orang kata kita menipu!.
Pening, jangan cakap la, zaman ni semua benda kena dibayar dengan wang. Benarlah sabda Nabi s.a.w. di akhir zaman ni semua orang amat perlu kepada wang sebagai perantara bukan saja hal-hal kelangsungan hidup hatta termasuklah dalam menegakkan agama!

Berbalik kepada terima SMS tadi, aku terasa pelik pada mulanya bila aku balas balik bertanya "kenapa"..dia membalas pula dengan "jap lagi saya call..he..he"...macam ada benda yang lucu. Ya lah!... bila situasinya sebegini  memang kita syak macam ada perkara yang tak kena terjadi.

Petang selepas solat jumaat baru dia call aku, apa lagi, aku pun lantas bertanya  mengenai SMS pelik semalam!..rupa-rupanya dia nak berkongsi dengan aku apa yang berlaku pada malam sebelumnya. Keretanya kehabisan minyak dalam perjalanan balik ke rumah sebab tak ada duit langsung untuk mengisi petrol. Dia keluar tu pun sebab nak buat collection dan mengharapkan dapat payment dari pelanggannya. "Hampeh! " katanya..tak ada hasil...maksud SMS tadi membayangkan dia jadi  tak percaya apa yang berlaku pada dirinya, boleh sampai ke tahap macam tu punya susah!

Aku dalam bab-bab macam ni memang pakar sebab dah lebih teruk daripada itu aku tempuh, dengan pantas aku dapat mengagak ansuran kereta teman aku ni mesti kantoinya. Hah! memang benar sebab dia sendiri mengeluh dan membuka cerita. Aku cuma dapat tolong dengar aje buat masa ni sebab ku pun mengalami masalah collection yang sama...bahkan tanggungan aku jauh lebih banyak dan berat daripadanya. Tapi dia memahami situasi aku dan hanya mengharap di masa lain agar aku dapat membantu bila aku dapat payment nanti.

Kemudian, teman aku tu menyambung cerita selebihnya bila dah tersadai tengah jalan malam lak tu, kawan-kawanlah yang boleh diharapkan pun untuk menolong. Alhamdulillah ada juga sahabat yang sudi. Dapatlah dia pinjam RM20 tapi didepositkan ke dalam akaun  sebab sahabat tu jauh. Berjalanlah pulak ke ATM berdekatan, malangnya tak dapat nak dikeluarkan sebab hanya note RM50 aje tinggal dalam ATM mesin. Bank ni pun satu hal, duit kecik short pulak!

Maka tunggulah dia berjam-jam sehinggalah  ke pukul 2 pagi baru settle, terpaksa juga sahabatnya datang  ke tempat kereta  tersadai untuk menolong beli petrol. Iskh ! iskh ! iskh! confirm sebelum tidur, menitis air mata mengenangkan nasib diri.

Oooooo sekarang baru aku faham, sebab tu lah kenapa dalam SMSnya ada tertulis '"he..he.".

Dunia oh dunia....ada hikmahnya...Wallahua'lam.