Sunday, December 13, 2009

WASIAT RASULULLAH S.A.W


عن أب نجيح العرباض بن ساریة t قال: (( وعظنا رسول الله e موعظة وجلت منها

القلوب، وذرفت منها العيون فقلنا: یا رسول الله آأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: أوصيكم

بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد، فإنه من یعش منكم بعدي

فسيرى اختلافا آثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین المهدیين، عضوا عليه ا

بالنواجذ، وإیاآم ومحدثات الأمور، فإن آل بدعة ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال:

حدیث حسن صحيح.

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata:


Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan
airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. 


Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.

Pengajaran hadis:
 
(1) Ucapan nasihat dan peringatan adalah penting dalam kehidupan umat lslam. Pengajaran dan peringatan hendaklah disampaikan secara bersungguh-sungguh dan berkesan agar ia memberikan kesan positif kepada para pendengar.

(2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini beberapa perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa kepada Allah SWT, patuh dan taat kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari keturunan bawahan atau hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan orang yang memerintah.

(3) Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua masih diperselisihkan oleh para ulama, namun
Rasulullah SAW menyebut hal ini bagi menunjukkan peri pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi
seorang mukmin terhadap ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'.

(4) Umat akhir zaman diancam oleh perselisihan dan perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin. Baginda menyeru mereka agar menggigit sunnah-sunnah tersebut. Ungkapan ini memberi erti betapa perlunya berpegang teguh dengan sunnah Nabi dan Khulafa' Rasyidin serta menjauhkan perkara bid'ah yang sesat, perkara yang diada-adakan dalam agama kerana semua bid'ah adalah kesesatan yang akhirnya membawa pengamalnya ke lembah neraka.
 
SUMBER : HADIS 40  AL-IMAM AN-NAWAWI 

WASIAT RAJA MELAYU (ACHEH-Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam)


Setelah Melaka alah oleh Portugis kerajaan Melayu yang terkuat muncul di Acheh. Acheh turut menakluk Perak, Pahang dan Johor. Apabila Acheh menakluk negeri-negeri raja-raja dan pembesar-pembesarnya di bawa ke Acheh. Ketika waris Sultan Melaka yang bersemanyam di Johor ditewaskan oleh Acheh sultan dan pemb esar-pembesarnya dibawa ke Acheh. Antara yang dibawa ke sana adalah bendahara Tun Muhammad yang lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang, pengarang Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Kesultanan Melayu Acheh berada dikemuncaknya di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Ratu Elizabeth I mengirimkan perutusannya kepada Sultan Acheh melalui Sir James Lanceister. Acheh juga melakukan hubungan diplomatik dengan Turki dan Perancis.

Acheh juga mencipta revolusi pemikiran dan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengucapan seni dan falsafah melalui pemikir seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Dari segi aspek agama, pemikiran falsafah dan kemajuan bahasa Melayu Acheh jauh mengatasi apa yang dicapai oleh Melaka.

Setelah menakluki Pahang Sultan Iskandar Muda membawa putera sultan Pahang ke Acheh. Putera tersebut diberikan pendidikan di Acheh, dikahwin dengan puteri baginda dan dilatik sebagai pengganti yang dikenali sebagai Sultan Iskandar Thani.

Hamka dalam Dari Perbendaharaan Lama mencatitkan wasiat Sultan Iskandar Muda kepada penggantinya. Berikut adalah wasiat raja tersebut:

......., dan lagi Raja-raja hendaklah mengamalkan 8 perkara. 
Pertama, hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekalian Wazir-wazir dan Menteri Hulubalang dan sekalian pegawai dan dengan sekalian rakyat. 
Kedua, janganlah Raja-raja menghinakan Alim-Ulama dan yang ahli akal bijaksana.

Ketiga, segala yang datang dari pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya. 
Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir Sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang.

Kelima, hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan Alim-Ulama dan sekalian Sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib. 
Keenam, hendaklah raja menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Iaitu seperti yang telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; 

                Pertama Al-Qur'an, Kedua Al-Hadis, ketiga Ijma', keempat Qias, maka....... keluar daripada itu pun empat perkara:

                 Pertama hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam.

Ketujuh, janganlah raja-raja itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil. 
Kedelapan, hendaklah raja-raja itu memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada raja.

Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan Hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Dan tiap-tiap yang salah itu hendaklah dihukum dengan tertib menurut kesalahan dosa yang diperbuat, sesudah diperiksa dengan sehalus-halusnya, supaya jangan zalim menjatuhkan hukum.

Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan Alim-Ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja. maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat, seperti dajjal...............

* Maghzul = kata-kata lucah-cabul tentang perempuan, yang diucapkan ketika senda gurau

Kutipan dari
"Qanun Asyih Darussalam"
(Peraturan Pemerintahan Acheh) di zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1637)

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU





Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)