Monday, September 21, 2009

KHASIAT BUAH BELIMBING DAN MANGGA UNTUK PENYAKIT DARAH TINGGI






Pokok Buah Belimbing








Pokok Buah Mangga




Surah Taha; ayat 6 : Milik-NYAlah apa-apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah."

SUBHANALLAH...betapa Allah s.w.t nak menguji hambanya...aku diserang simptom stroke, muka di sebelah kiri keras, mata kiri tak berkelip apa lagi bila tersenyum maka herot ke kanan aje...nak minum air, selesa guna straw kalau tak air mengalir keluar sebab tak dapat kemam sepenuhnya...seksa dan sedih sebab lepas satu demi satu aku ditimpa ujian.

Bulan Ramadhan bagi diriku memang bulan ujian dan muhasabah...mana tidaknya, daripada Ramadhan 1429/2008 hingga 1430/2009 aku melalui detik getir dalam kehidupan...tak mampu nak dikongsikan...berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bulan puasa kali ini aku lalui dengan ujian kesihatan lak...rutin aku dah tentu makan ubat, pergi terapi, makan buah belimbing dan mangga hari-hari semasa buka puasa (terima kasih pada abah dan adik yang menanam pokok tu kat laman rumah aku...tak sia-sia berbudi pada tanah sebab ternyata ada kegunaannya) ...simptom stroke ni ada kaitan dengan hipertension...darah tinggi...ye lah sebab terlalu memikirkan masalah yang dihadapi.

Ubat sampai 7 jenis... 2 jenis ubat darah tinggi, antibiotik, B complex, kalsium dan 2 jenis ubat saraf. Alhamdulillah dapat adjust makan semasa sahur dan berbuka so 3 hari aje aku tak dapat menunaikan puasa. Doktor kata aku akan pulih dalam tempoh 6 bulan ke setahun. Ya Allah, bila dengar macam tu, lagi lah ligat kepala aku berpusing fikirkan masalah kewangan dan untung nasib diri...tapi isteri, emak dan abah banyak memberi semangat begitu juga teman-teman rapat.

Oleh kerana nak cepat sihat maka aku istiqamah menjaga diri... Alhamdulillah dalam sebulan muka aku kembali normal dan tekanan darah menurun. Bersyukur sangat kepada Allah s.w.t kerana memakbulkan doa aku dan keluarga.

Dapatlah aku beraya dalam keadaan sihat dan tak 'pelik' walaupun tak segagah seperti masa sihat dulu... so aku pun suka nak berkongsi pengalaman kesihatan dan sangat rekomen terapi elektrostatik ni selain ubat semulajadi kurniaan Ilahi, belimbing dan mangga...mesin terapi tu dipasarkan oleh syarikat Herba Al-Jabbar.

WALLAHUA'LAM...SODAKOLLAH HUL'AZIM

Sunday, September 20, 2009

ZIARAH KE PONDOK YAYASAN AL JENDERAMI

Selesai Solat Hari Raya Aidil Fitri kami sekeluarga berkumpul di rumah abah dan emak, acara wajib di pagi yang mulia ini ialah bermaaf-maafan dengan mereka kemudiannya kami adik beradik bermaafan sesama sendiri pula, syahdu tetapi tautan kasih sayang terpancar di raut wajah masing-masing, maklumlah dalam melayari kehidupan kita terkadang tanpa sengaja menguris perasaan sesama insan. Tahun ini adik ku yang kedua, kelima dan ke tujuh tidak beraya bersama pada hari raya pertama, giliran mereka beraya di rumah mertua masing-masing. Adik ku yang kedua beraya di Maran, Pahang..satu-satunya adik perempuan ku yang kelima beraya di Keluang, Johor manakala adik ku yang ke tujuh (masih bujang) beraya dipondok Yayasan Al Jenderami di Jenderam, Selangor kerana menadah kitab sambil mengajar di sana. Jadinya seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya kami akan menziarahi adik di pondok tersebut. Memang seronok dapat berjumpa warga yayasan tersebut yang diterajui oleh Tuan Guru Hj. Mohd Hafiz Bin Hj. Selamat.(gambar atas: tiga dari kiri dan berserban serta isterinya disebelah... Abah berdiri dua dari kiri dan emak berdiri kelima dari kiri..yang lain-lain tu, ipar duai, anak saudara dan puteri sulungku bertudung coklat..dua dari kanan)....(gambar bawah: tiga dari kanan tu lah adik ku yang ke tujuh, Mohd. Al-Ghazali bin Hj. Ahmad Zohdi juga anak murid kepada Tuan Guru Hj. Mohd Hafiz bin Hj. Selamat serta adik-adik dan anak saudara ku) 

Terkilan juga kerana aku tak tak dapat ke sana kerana kesihatan kurang mengizinkan. Tapi anak perempuan sulung ku jadi wakil atas ketidakhadiranku dan isteri. Awal-awal lagi aku dah pesan pada adik untuk ambil gambar buat tatapan dan kongsikan bersama dalam blog ini.

Sabda Nabi s.a.w "Barangsiapa yang duduk dengan seorang yang alim maka dia telah duduk dengan ku, siapa yang duduk denganku di dunia akan duduk denganku di akhirat"

Wassalam.





Saturday, September 19, 2009

KHALIFAH KEDUKAAN

ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..WALILLAHILHAMD

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya umat Islam di seluruh dunia dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mulia setelah sebulan berpuasa. Walaupun pada tahun ini aku merayakannya dengan serba kekurangan namun kesyukuran kepada yang Maha Esa tetap kupanjatkan. Aku hanya mampu membeli sepasang baju melayu untuk anak bongsu yang berumur 6 tahun Oktober ini, itupun harganya RM14 aje.

Manakan tidak Hari Raya bagi tahun 2009 ini genap setahun aku diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan dan perniagaan. Setelah 6 tahun menempuh dunia keusahawanan maka bertemulah aku dengan seribu satu mehnah dunia ini. Benarlah sabda Nabi s.a.w. bahawa 9/10 daripada rezeki datangnya dari usaha perniagaan...kerana untuk mencapainya kita perlu menempuh pelbagai rintangan dan usaha yang bukannya mudah.

Begitulah juga dengan kisah Nabi Yusuf, yang mengingatkan kita kepada peristiwa tafsir mimpinya bahawa negara Mesir akan dilanda kemarau dan kekurangan bekalan makanan selama 7 tahun setelah 7 tahun sebelumnya negara itu dalam kemewahan.

Keadaan aku juga hampir-hampir begitu, dalam 6 tahun sebelumnya hasil daripada perniagaan, sedikit sebanyak aku dapat membantu meringankan perbelanjaan kedua ibu bapa dan adik-adik dalam pengajian mereka dan sehingga ke jinjang pelamin..kini dalam keadaan kehidupan aku yang payah mereka pula menghulurkan bantuan..Alhamdulillah ibuku telah melahirkan kami 8 beradik yang mana aku adalah yang sulung..bertuah rasanya.

Abah ku pula walaupun tak pernah gusar dengan keadaan yang menimpa, aku yakin dia sentiasa mendoakan aku siang dan malam tak putus-putus..yang seronoknya bila menasihati kita ,mesti diakhirinya dengan ucapan
"Sodakollah hul 'azim".(maka benarlah kata-kata Allah s.w.t).

Manakala isteri tercinta yang sentiasa menjadi tulang belakangku pula tak pernah merungut akan kekurangan yang dialami oleh keluarga ini..dia tahu semuanya adalah ujian Allah s.w.t...kata-kata perangsangnya sentiasa menguatkan semangat ku..beruntung aku dijodohkan dengannya..dah 15 tahun kami bersama dengan dikurniakan 3 orang cahayamata, 2 orang puteri dan seorang putera..yang sulung baru aje tamat peperiksaan UPSR, tahun depan adiknya pula.

Bayangkanlah nak menanggung keluarga ni dengan isteri yang tak bekerja kerana menyambung pengajian dan anak-anak yang sedang membesar..kalau tak ada sokongan moral dan kewangan yang stabil memang berat apa yang dipikul. Maklumlah hidup di kota Metropolitan..zakat tahun ni aje kat Selangor dah RM7, macam manalah agaknya mereka yang mempunyai anak yang ramai dan pendapatan sekadar RM2000 sebulan...kalau tak berjimat cermat dan berkat memang cukup-cukup makan aje.

Namun semua ini terubat bila kita menghayati hikmah Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri ..hikmah berpuasa dan berzakat mengajar dan menyedarkan kita bahawa ada lagi insan-insan yang susah dan merempat selain kita..maka bersyukurlah sebanyak-banyaknya, bertakbir dan bertahmid memuji ALLAH s.w.t dan ingatlah
"jangan kau mencongak-congak rezeki esok hari kerana Allah s.w.t mengurniakan rezeki pada hambanya setiap hari" .

WALLAHUA'LAM....SODAKOLLAHUL'AZIM.

Saturday, September 12, 2009


ASSALAMU'ALAIKUM...
PECUTAN TERAKHIR....(Ramadhan yang datang belum tentu kita jumpa)


10 malam terakhir Ramadhan 2009 di daerahku disirami oleh hujan rahmat..ya sememangnya aku menantikan hujan turun bagi menyirami tanah yang gersang..menyaksikan hidupan dan tumbuhan segar kembali keesokan paginya. Puas rasanya bila melihat bumi ini dibasahi rahmat menandakan bahawa maha pencipta mengambil berat tentang makhlukNya.

Bagi diri ku inilah masanya yang sesuai untuk aku muhasabah diri dan membasahi jiwa ini dengan siraman nur kasihNya apatah lagi di bulan yang penuh keberkatan ini..Ya, setelah puas di siang hari menahan lapar dan membanting tulang seperti insan lain maka di waktu malam ini sepatutnya aku menyerahkan diri pula pada yang ESA..tenang rasanya bila selesai mengadu kepadaNya..

Doaku.."Ya Allah ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, isteriku, anak-anaku, adik beradikku, isteri-isteri mereka, anak-anak kami, keturunan kami, sahabat kami seterusnya muslimin dan muslimat di dunia ini...Amin ya rabbal alamin".