Sunday, September 20, 2009

ZIARAH KE PONDOK YAYASAN AL JENDERAMI

Selesai Solat Hari Raya Aidil Fitri kami sekeluarga berkumpul di rumah abah dan emak, acara wajib di pagi yang mulia ini ialah bermaaf-maafan dengan mereka kemudiannya kami adik beradik bermaafan sesama sendiri pula, syahdu tetapi tautan kasih sayang terpancar di raut wajah masing-masing, maklumlah dalam melayari kehidupan kita terkadang tanpa sengaja menguris perasaan sesama insan. Tahun ini adik ku yang kedua, kelima dan ke tujuh tidak beraya bersama pada hari raya pertama, giliran mereka beraya di rumah mertua masing-masing. Adik ku yang kedua beraya di Maran, Pahang..satu-satunya adik perempuan ku yang kelima beraya di Keluang, Johor manakala adik ku yang ke tujuh (masih bujang) beraya dipondok Yayasan Al Jenderami di Jenderam, Selangor kerana menadah kitab sambil mengajar di sana. Jadinya seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya kami akan menziarahi adik di pondok tersebut. Memang seronok dapat berjumpa warga yayasan tersebut yang diterajui oleh Tuan Guru Hj. Mohd Hafiz Bin Hj. Selamat.(gambar atas: tiga dari kiri dan berserban serta isterinya disebelah... Abah berdiri dua dari kiri dan emak berdiri kelima dari kiri..yang lain-lain tu, ipar duai, anak saudara dan puteri sulungku bertudung coklat..dua dari kanan)....(gambar bawah: tiga dari kanan tu lah adik ku yang ke tujuh, Mohd. Al-Ghazali bin Hj. Ahmad Zohdi juga anak murid kepada Tuan Guru Hj. Mohd Hafiz bin Hj. Selamat serta adik-adik dan anak saudara ku) 

Terkilan juga kerana aku tak tak dapat ke sana kerana kesihatan kurang mengizinkan. Tapi anak perempuan sulung ku jadi wakil atas ketidakhadiranku dan isteri. Awal-awal lagi aku dah pesan pada adik untuk ambil gambar buat tatapan dan kongsikan bersama dalam blog ini.

Sabda Nabi s.a.w "Barangsiapa yang duduk dengan seorang yang alim maka dia telah duduk dengan ku, siapa yang duduk denganku di dunia akan duduk denganku di akhirat"

Wassalam.