Saturday, September 19, 2009

KHALIFAH KEDUKAAN

ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..WALILLAHILHAMD

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya umat Islam di seluruh dunia dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mulia setelah sebulan berpuasa. Walaupun pada tahun ini aku merayakannya dengan serba kekurangan namun kesyukuran kepada yang Maha Esa tetap kupanjatkan. Aku hanya mampu membeli sepasang baju melayu untuk anak bongsu yang berumur 6 tahun Oktober ini, itupun harganya RM14 aje.

Manakan tidak Hari Raya bagi tahun 2009 ini genap setahun aku diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan dan perniagaan. Setelah 6 tahun menempuh dunia keusahawanan maka bertemulah aku dengan seribu satu mehnah dunia ini. Benarlah sabda Nabi s.a.w. bahawa 9/10 daripada rezeki datangnya dari usaha perniagaan...kerana untuk mencapainya kita perlu menempuh pelbagai rintangan dan usaha yang bukannya mudah.

Begitulah juga dengan kisah Nabi Yusuf, yang mengingatkan kita kepada peristiwa tafsir mimpinya bahawa negara Mesir akan dilanda kemarau dan kekurangan bekalan makanan selama 7 tahun setelah 7 tahun sebelumnya negara itu dalam kemewahan.

Keadaan aku juga hampir-hampir begitu, dalam 6 tahun sebelumnya hasil daripada perniagaan, sedikit sebanyak aku dapat membantu meringankan perbelanjaan kedua ibu bapa dan adik-adik dalam pengajian mereka dan sehingga ke jinjang pelamin..kini dalam keadaan kehidupan aku yang payah mereka pula menghulurkan bantuan..Alhamdulillah ibuku telah melahirkan kami 8 beradik yang mana aku adalah yang sulung..bertuah rasanya.

Abah ku pula walaupun tak pernah gusar dengan keadaan yang menimpa, aku yakin dia sentiasa mendoakan aku siang dan malam tak putus-putus..yang seronoknya bila menasihati kita ,mesti diakhirinya dengan ucapan
"Sodakollah hul 'azim".(maka benarlah kata-kata Allah s.w.t).

Manakala isteri tercinta yang sentiasa menjadi tulang belakangku pula tak pernah merungut akan kekurangan yang dialami oleh keluarga ini..dia tahu semuanya adalah ujian Allah s.w.t...kata-kata perangsangnya sentiasa menguatkan semangat ku..beruntung aku dijodohkan dengannya..dah 15 tahun kami bersama dengan dikurniakan 3 orang cahayamata, 2 orang puteri dan seorang putera..yang sulung baru aje tamat peperiksaan UPSR, tahun depan adiknya pula.

Bayangkanlah nak menanggung keluarga ni dengan isteri yang tak bekerja kerana menyambung pengajian dan anak-anak yang sedang membesar..kalau tak ada sokongan moral dan kewangan yang stabil memang berat apa yang dipikul. Maklumlah hidup di kota Metropolitan..zakat tahun ni aje kat Selangor dah RM7, macam manalah agaknya mereka yang mempunyai anak yang ramai dan pendapatan sekadar RM2000 sebulan...kalau tak berjimat cermat dan berkat memang cukup-cukup makan aje.

Namun semua ini terubat bila kita menghayati hikmah Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri ..hikmah berpuasa dan berzakat mengajar dan menyedarkan kita bahawa ada lagi insan-insan yang susah dan merempat selain kita..maka bersyukurlah sebanyak-banyaknya, bertakbir dan bertahmid memuji ALLAH s.w.t dan ingatlah
"jangan kau mencongak-congak rezeki esok hari kerana Allah s.w.t mengurniakan rezeki pada hambanya setiap hari" .

WALLAHUA'LAM....SODAKOLLAHUL'AZIM.