Pada suatu hari, baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam masuk ke masjid, kata Abu Sa'id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul saw bertanya;
Abu Umamah menjelaskan; "Aku sedang bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah."
"Sukakah engkau aku ajarkan satu bacaan yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?"Abu Umamah berkata; "Tentulah aku suka, ya Rasulullah!"
"Bacalah setiap pagi dan petang bacaan ini," kata baginda Rasul.
Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah;
Keduanya, abang ipar aku dapat anugerah Dato', selepas setahun mendapat award CEO terbaik di kalangan CEO syarikat korporat Malaysia. Abang ipar ni memang menjadi ikon bagi diri aku...dulu dia bukanlah somebody, aku mengikuti perkembangan kerjayanya dari masa jawatannya ekekutif lagi. Seorang yang kuat bekerja dan tak jemu-jemu belajar. Segala sijil dia ada degree, master, ACCA tak lama lagi dapat Dr. lak! Dia lah yang bertungkus lumus semasa majlis perkahwinan aku dulu...bukan setakat kenduri kahwin diadakan di rumahnya malah semua perbelanjaan dia yang sponsor. Maklumlah masa tu aku baru di tahun kedua study di universiti. Sekarang dia memegang jawatan kedua tertinggi di salah sebuah syarikat korporat milik seorang Tan Sri.
Ketiganya, pada hari yang lain, adik aku lak dapat bonus berbulan-bulan banyaknya, tak pernah dia rasa selama lebih 7 tahun bekerja! apa lagi banyak la dia hulur kat adik beradik dan ibu bapa aku. Alhamdulillah aku pun rasa gak! moga-moga tahun depan dapat lagi. So, dapatlah dia hantar anaknya belajar di Tadika yang terbaik sebagai persiapan untuk ke Tahun 1 sekolah kebangsaan tahun depan, sekaligus dapat simpan belanja yuran untuk setahun.
Keempatnya, sahabat aku kahwin lagi! bagi aku berita ini memang seronok didengar biarpun bukan aku yang alaminya tapi aku tumpang gembira. Maklumlah dari awal perkenalan dengan si gadis, macam mana nak dapat restu ibu bapa kedua belah pihak, apatah lagi perkenan isteri pertama, pandangan kawan-kawan...ada yang setuju dan ada yang tidak dan macam-macam lagi lah, semuanya sampai ke pengetahuan ku. Bila si sahabat ni dapat over come semuanya memang aku salute habis...so sekarang ni masih dalam bulan madu lah ye!...Selamat Pengantin Baru!.....Aku pun belum kawin lagi!! ha...ha...ha.
Kelimanya, lagu LAKSAMANA bakal dipromosikan melalui Malaysia Hari Ini...ini percubaan pertama aku untuk jadi komposer. Aku cuma berminat menerbitkan lagu-lagu dakwah sama ada dalam bentuk pop, world muzik dan nasyid juga irama malaysia atau etnik kreatif yang sesuai dengan kehendak syara'. Semuanya dengan bantuan sahabat-sahabat berpengalaman...J'lan dan cikgu Awang. Moga usaha kami berhasil tahun depan...Amin
KISAH DUKA!..biarlah aku pendam sedalam-dalamnya...