Monday, October 19, 2009

"BEG WANITA BOLEH MENCERITAKAN SEGALANYA!"...


Dialog tersebut kali kedua aku terdengar dengan sarikatanya "beg wanita boleh menceritakan segalanya"..semasa tayangan 'movie' disiarkan oleh ASTRO lewat 11 malam tadi. Masa tu aku baru aje duduk untuk minum di kedai mamak sebelum menjejakkan kaki ke rumah.

Dialog yang hampir sama, pertama kali aku dengar di sebuah pejabat yang aku singgah siang tadi, semasa menjalankan tugasan rutin 'marketing' di pejabat-pejabat kerajaan  sambil ditemani kawan..masa tu kaum Hawa tengah sibuk menyusun atur makanan untuk jamuan Hari Raya, tinggal dua hari lagi sebelum Syawal 1430H melabuhkan tirai. Cekap dan kemas kerja tangan mereka...naik selera dibuatnya walaupun dah pekena nasi di Pelita Nasi Kandar sejam sebelumnya.

Oleh kerana masa jamuan tersebut di akhir waktu pejabat, aku lihat masing-masing membuat kerja sambil mengepit beg dan tas tangan, dah tak sempat nak letak lagipun ada yang hadir daripada jabatan lain, tu yang dikepit ke hulu dan ke hilir. Dalam ramai-ramai ada yang menegur... 
"kalau ye pun, letak le dulu beg tu...ada emas sebeban ke?", kemudiannya di jawab pula,  
"aishhh jangan dibuat main, banyak rahsia dalam ni... beg ni boleh cerita segalanya pasal aku!" 

Situasi yang aku alami secara kebetulan dan serentak dalam satu hari, menarik minat aku untuk berfikir sejenak, bukan setakat wanita dan barang kemas tak dapat dipisahkan malah wanita dan beg juga tak dapat dipisahkan!

Macam mana pulak dengan kaum Adam? Bila melihat sekeliling dari tempat duduk aku  di kedai mamak ni, rupa-rupanya kaum lelaki pun ada trend tersendiri, beg kecil bertali, disilang ke badan tapi ala-ala geng tarik kereta, rata-ratanya orang muda. Aku tak pasti mereka menganggotai suatu kumpulan atau sekadar menggayakan suatu trend!

Menarik!...daripada memikirkan pasal beg, mata melihat-lihat gelagat kumpulan tersebut yang duduk di depan sebelah kanan aku. Jelas!....6 orang kesemuanya, berpakaian t-shirt polo tertera nombor di bahagian lengan dan dada baju. Ada gelang silver macam gelang magnetik di pergelangan tangan masing-masing. Sambil mamak melayan mereka memesan makanan, ada di antaranya yang mula mencucuh api ke rokok dan sorang lagi..aku agak leader diorang mengeluarkan sesuatu daripada beg. Ada beberapa helai kertas berwarna, saiz A5 iaitu separuh A4 diletaknya di atas meja...sambil memegang pen dia berkata sesuatu...aku cuba pasang telinga..."siapa yang belum ada flyers ni? kalau nak aku tempahkan, seribu helai enam puluh ringgit aje..tak pun tong-tong beli" 

Aku perhati betul-betul flyers tersebut, macam pernah aku lihat...baru terperasan, flyers tu sama macam yang ada dalam surat khabar aku beli pagi tadi ...progam MLM Ads4buck!

Fenomena baru yang melanda tempat aku sekarang!!! 
Ketawa kecil hati aku ...sebabnya bersangka diorang tu geng tarik kereta rupa-rupanya geng MLM...bagus gak asal buat benda berfaedah!


Betullah tu, beg wanita boleh menceritakan segalanya...pada aku!

No comments:

Post a Comment