Thursday, October 8, 2009

KEHIDUPAN INSAN ADALAH PENTAS PILIHANRAYA.....


Akal aku bermonolog dalam hal yang cukup sinonim dangan kita iaitu pilihan raya, apatah lagi di saat negara menghadapi pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Memang benar sangat pesanan seorang tok guru lebih sepuluh tahun dulu, pada waktu itu negara sedang dalam mood pilihanraya umum ke berapa aku pun tak ingat.Tapi pesanannya masih terngiang-ngiang di telinga aku.

Antara lain tok guru berpesan kita sebagai insan di mukabumi ini setiap hari akan melalui suatu tanggungjawab memilih yang mana pilihan kita itu akan dicatit dan dihitung dosa atau pahalanya. Mahu tak mahu kita terpaksa memilih antara dua. Bermula sahaja kehidupan manusia di awal pagi pelbagai pilihan yang perlu kita buat semuanya untuk mengharungi kehendak tabii alam Allah ini.

Bila roh dan akal tersedar dari tidur perkara pertama yang terlintas ialah "pukul berapa dah ni?, subuh dah masuk ke belum? ahh tidur sekejap lah"! begitu dahsyat bila mana suara hati sebagai fitrahnya akan mengingatkan kita kepada yang maha ESA tapi secepat kilat juga bisikan syaitan menyuruh kita melengahkan bersolat..bukankah di situ pilihanraya seawalnya telah bermula?..hitunglah tindak tanduk kita, apakah akan dituruti bisikan kebaikan tersebut atau sebaliknya, jika kita bingkas bersolat subuh pada masuk waktunya dengan ikhlas, nah! sudah tentu permulaan hari itu adalah kebaikan kepada diri kita.

Bagaimana pula jika kita terpedaya dengan bisikan syaitan sehingga terlepas solat subuh...sudah tentu akan tercatitlah satu dosa bagi diri kita bahkan kita telah engkar pada suruhanNYA..nauzubillah..nampak ringan tapi besar padahnya di sisi ALLAH s.w.t.

Coretannya, begitulah insan setiap saat akan berpilihanraya...nak pakai bajupun kita tetap kena memilih yang mana sesuai, niat pula kena betul bukannya untuk riak dan takabbur, nak bersarapan pun begitu, kena pastikan yang halal bukanya sedap semata-mata, semuanya barkaitan dengan memilih dan ada hitungan dosa dan pahalanya.

Letih juga akal bila kita memikirkan perkara sebegini, dalam hal yang sekecilnya kepadalah yang sebesar-besarnya...aku teruskan juga dengan `game' memikir ni...aku bertanya pada diri sendiri "adakah berpahala atau berdosa dalam hal memilih pemimpin?...apa yang perlu kita analisa...dan bagaimana pula natijahnya...bahkan kenapa pula jawapan kepada apa yang kita pilih itu berpahala atau berdosa?"...wow bukan enteng sebarangan. Boleh saja kita kata "lantaklah! peduli apa aku nak sibuk-sibuk!...siapa nak menang apa aku peduli!". Terfikir pula "peduli atau tidak, berpahala atau berdosa?"...dah makin berat ni.."kalau aku pilih si polan adakah aku beroleh pahala atau tidak?"...kalau aku pilih si polan ni lak, berpahala atau tidak?" MasyaALLAH!

Apapun semuanya bergantung kepada kefahaman kita mengenai kehidupan. Anutan aku menekankan agama itu adalah cara hidup. Maksudnya apa saja yang kita perlakukan mestilah dengan agama... tidur, makan, minum,bekerja, bersukan, berkahwin, bersosial dan  apa sahaja tingkah laku kita tiada suatupun yang terlepas daripada agama. Sesuai dengan maksud firman ALLAH s.w.t yang memberitahu bahawa dijadikan jin dan manusia itu semat-mata untuk beribadah kepadaNYA. Bersalahan dengan sifat ALLAH tak mengetahui yang kita ingin berhibur, melancong, bercucuk  tanam ingin berparti, nak jadi ketua, menteri malah perdana menteri sekalipun dan sebagainya.

Sudah tentu DIA mengetahuinya dan inilah antara matlamat dan tujuan kehidupan. Jika  semua ini tak bermanfaat dan sia-sia kenapa ALLAH tetap dengan perencanaannya?  Dalam hal kenegaraan, orang lain yang nak berkuasa, kita pun kena terlibat sama. "Kenapa pula kita kena mengharungi kehidupan dunia yang bermacam-macam karenah ni?...tak bolehkah kita memilih untuk hidup tanpa ada gangguan atau untuk memilih apa saja yang kita mahu? siapa yang akan melarang kita?".

Pening gak bila melayani benak fikiran yang terhasut...tak berhenti-henti persoalan yang timbul dan tak berhenti-henti juga untuk benak hati memilih!

Jawapannya memang ada pada diri kita sendiri dan sudah barang tentu jika tiada panduan dan asas petunjuk, banyak pilihan kita menuju kepada nafsu terhasut . Siapa pula yang mengajar kita tentang dosa dan pahala? sudah tentu yang terawal bagi diriku, ibu dan bapa ku. Mereka pula siapa yang mengajarnya?..dah tentu ibu bapa mereka juga...dari mana pula datuk dan nenek kita tahu mengenai dosa dan pahala ini?. Bila disusuri dengan fakta ilmu , rasional dan pemerhatian, rupa-rupanya ada petunjuk dari yang Maha Pencipta melalui perantaranya iaitu seorang Nabi dan Rasul. Bahkan pesuruh ALLAH tugasnya menunjukkan kepada kita cara hidup beragama yang diredhai walaupun terkadang akal terhasut kita memandang serong sesuatu perbuatan itu, contohnya baginda Rasulullah s.a.w telah berkahwin dengan saidatina Aisyah yang ketika itu baru berumur 7 tahun. Walhal perbuatan baginda adalah sebagai panduan menyatakan bahawa perbuatan itu tidak salah dan boleh dilakukan. Sedangkan agama lain tidak ada panduan sebegini yang mendasari.

Jelasnya di sini, kehidupan insan ada penentunya dan bukan sia-sia walaupun terkadang kita merasakan seolah-olah tidak cukup sumbangan kepada dunia dan kepada Maha Pencipta jika nak dibandingkan dengan anugerah nikmatnya yang tidak terkira. Wajarlah kita dengar dan taat  atas segala kurniaan dan suruhan Sang Pencipta.

Berbalik kepada kisah pilihan raya kecil yang bakal berlangsung...walaupun aku tak terlibat  di sana, hitungannya adalah memilih siapa yang boleh melaksanakan kebaikan sejagat secara hak dan fitrah selari dengan tuntutan Maha Pencipta melalui petunjuk yang muktamad...calon tersebut mestilah yang baik kepada semua kehidupan alam dan makhluknya serta taat kepada kehendak Maha Pencipta. Aku PASti siapa pilihan ku, kalah dan menang bukan ukurannya, yang penting aku mahu pilihan yang dibuat mendapat pahala dan bertepatan dengan pendapat jumhur sesuai dengan  suasana semasa. Aku PASti juga pilihan aku benar dan tepat berdasarkan kepada tujuan kehidupan dan panduan yang Maha Pencipta.

Tak sabar menunggu detik pilihanraya umum ke 13 akan datang!.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment